SADA sedia 123 lori hantar bekal air
ALOR SETAR: Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) menyediakan 123 lori bagi menghantar bekalan air kepada pengguna yang terjejas ketika musim Hari Raya Aidilfitri hari ini.
SADA dalam kenyataannya berkata, menerusi pelan kesiapsiagaan bermula Isnin lalu hingga 14 April, 84 lori kontrak digunakan, 32 lori tangki SADA dan sembilan lori lagi adalah jumbotanker.
“Kita menjangkakan akan berlakunya peningkatan permintaan air melebihi 30 peratus oleh pengguna di seluruh Kedah sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang didorong kepulangan warga kota dan perantau ke kampung halaman.
“Selain itu, pengoperasian SADA juga terkesan apabila Kedah mengalami cuaca kemarau ekstrim (fenomena El Nino) sejak beberapa bulan lalu,” jelas SADA.
Sehubungan itu, SADA menyarankan pengguna melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air sekurang-kurangnya selama dua hari dan menggunakannya secara berhemah bagi mengurangkan risiko terputus bekalan air.
Menurut kenyataan itu lagi, SADA turut mewujudkan pusat khidmat setempat (PKS) di lima lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan yang berisiko tinggi mengalami gangguan bekalan air.
“Sebuah lori statik akan ditempatkan di setiap lokasi PKS bagi menyelesaikan aduan penduduk dengan kadar segera,” katanya.
Pengguna boleh menyalurkan aduan secara terus ke kaunter PKS tanpa perlu menghubungi talian hotline yang dijangka mengalami kesesakan pada musim perayaan.- UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source