Makan Berpada-Pada Di Hari Raya, Ini Senarai Jumlah Kalori Bagi Setiap Biskut Dan Kuih Popular!
Tibanya hari raya, pastinya kita akan dihidangkan dengan juadah istimewa seperti kuih muih dan hidangan seperti ketupat, lemang dan sebagainya sebagai pelengkap kepada sambutan Aidilfitri tiap tahun.
Bagi mereka yang menjaga badan dan berdiet, pastinya agak sukar untuk kekal ‘maintain’ kerana makanan menyelerakan dihidangkan depan mata, dan hanya setahun sekali pula tu!
Penting juga untuk kita tahu jumlah kalori dalam setiap hidangan agar kita dapat mengambilnya dalam kadar terkawal dan sihat.
Jom ketahui jumlah-jumlah kalori pada kuih raya popular seperti di bawah!
1. Almond London
Siapa yang tak suka dengan kuih ni kan? Biji badam disalut dengan adunan coklat premium sebelum ditaburi badam cincang pastikan memikat selera sesiapa yang melihatnya.
Setiap biji biskut ini mengandungi lebih kurang 50 kalori. Oleh itu, anda perlu berjalan kaki selama 15 minit atau berjoging selama 6 minit bagi membakar kalori daripada sebiji kuih tersebut.
2. Biskut Semperit
Juadah pemanis mulut yang rapuh namun cair di mulut ini muncul setahun sekali dan menjadi pilihan ramai. Sama seperti Almond London, Semperti mempunyai 40 kalori dan ada perlu berjoging selama 5 minit untuk membakar kalori sebiji samperit.
3. Dodol
Diperbuat daripada campuran tepung pulut, santan dan gula melaka, dodol merupakan kuih raya klasik yang masih mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Sepotong kecil dodol dipercayai mempunyai 70 kalori dan anda perlu berjalan kaki selama 20 minit atau berjodong selama 8 minit bagi membakar kalori tersebut.
4. Tart Nenas
Kalau anda nak tahu, sebiji tart nenas mengandungi kalori sebanyak 50 dan perlu berjalan kaki selama 15 minit ataupun mengayuh basikal selama 8 minit.
5. Kerepek pisang
Kudapan seperti kerepek pisang ini memang ‘berbahaya’ kerana dalam sedar tak sedar mungkin dah habis sebalang anda makan!
Untuk tiga keping kerepek pisang, ia mengandungi 40 nilai kalori dan anda perlu berjalan kaki selama 10 minit atau berbasikal selama lima minit okay!
Penting untuk kita memilih makanan supaya sentiasa sihat dan dapat mengelakkan obesiti di kemudian hari!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source