“Hang Lah Batu Api Besar, Hang Lupa Ni”
Pelakon Rita Rudaini membidas kenyataan bekas adik iparnya, Zaquan Adha yang mengatakan dia tidak masuk campur urusan rumah tangga abangnya, Aidil Zafuan dengan bekas kakak iparnya itu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita mendakwa bekas adik iparnya itu antara punca masuk campur urusan rumah tangganya malah Zaquan sendiri yang datang ke rumahnya untuk mengambil pakaian Aidil ketika itu.
BACA: Rita Rudaini Mohon Aidil Tak Cari Anak-Anak
“Orang ni (Zaquan Adha) kata tak masuk campur. Kalau dia lupa, mai nak ingatkan. Dia yang masuk rumah kami (Rita dan Aidil) dulu ambil semua baju abang dia.
“Hang la yang send mesej kat abang hang bagitau anak yang aku pregnant tu bukan anak dia,” tulisnya.
Dalam pada itu, Rita turut mendakwa Zaquan merupakan batu api dalam kemelut rumah tangganya serta meminta bekas adik iparnya itu tidak masuk campur serta memberikan komen mengenai isu berkenaan.
“Hang la batu api besar. Hang lupa ni. Lagi satu, kalau tak nak masuk campur, jangan cakap apa-apa. Diam saja. Kita pun tak ada kaitan apa-apa. Akhir sekali, hang sekeluarga telah mencipta RITA yang baharu. Dulu aku lemah, korang pihak aku. Hang ni tak sudah-sudah acah-acah terpaling bagus,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source