[VIDEO] ‘Syukur dapat baju raya terpakai masih elok’
PETALING JAYA – Sekumpulan pelajar di sebuah sekolah khas berasrama di Baling, Kedah kelihatan gembira ketika mencuba memakai baju raya terpakai yang masih elok sumbangan daripada orang ramai.
Video kegembiraan pelajar tersebut dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Pakngah, semalam dipercayai merupakan guru di sekolah tersebut.
Menerusi kapsyen yang dikongsikan, Pakngah memberitahu, walaupun sumbangan pakaian terpakai, ia masih elok serta boleh dipakai untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Begitu seronok mereka dengan pakaian sumbangan tuan-tuan dan puan-puan sahabat. Kasihan dekat pelajar sekolah rendah tak ada saiz mereka, hiba juga. Depa (mereka) tanya tak ada baju untuk depa, selalu tak ada.
“Bagi tuan puan, mungkin tak mahu pakai, tapi ada yang masih elok. Bagi mereka pula yang tak mampu, boleh buat raya tahun ni.
“Ada yang masih berharap, harap adalah sebelum hari Khamis. Hari Khamis depa balik kampung cuti raya,” katanya.
Video tersebut kemudian mengundang sebak orang ramai, malah ada yang mahu menyumbang pakaian terpakai masih elok kepada pelajar sekolah tersebut.
Selain itu, Pakngah turut membalas komen salah seorang pengguna TikTok yang menceritakan, ada pelajar turut bertanyakan pakaian untuk diberikan kepada ibunya bagi menyambut Aidilfitri.
“Siap ada yang minta untuk mak sekali. Katanya mak pun tak ada baju raya,” katanya ditambah dengan ikon gambar menangis. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source