“Setiap Orang Ada Masa Lampau..” – Bekas Isteri Didakwa Kini Sedang Terima Kifarah, Ini Jawab Safee Sali
Sedia maklum, berita mengenai penceraian antara pemain bola sepak Malaysia, Safee Sali dan bekas isteri, Fitria Elfina telah pun menjadi bualan hangat di platform media sosial sejak beberapa hari lalu.
Kini terima kifarah
Biarpun pada mulanya ramai bersimpati pada Fitria kerana sanggup merayu mahu berjumpa dengan anak-anak, tetapi secara tiba-tiba warganet menukar arah pula.
Mereka merasakan segala yang berlaku terhadap wanita itu adalah kifarah kerana didakwa menjadi punca Safee Sali bercerai dengan isteri pertama, sebelum ini.
Safee Sali bersuara
Sedar mengenai tohmahan yang diterima oleh bekas isteri, Safee Sali apabila diminta oleh pihak media mengenai hal tersebut berkata setiap manusia membuat kesilapan di atas muka bumi.
Setiap orang ada masa lampau dia sendiri, tidak perlu terlalu toleh ke belakang. Apa yang terjadi biarkan terjadi, move on sahaja.
Malah dia mempunyai prinsip hidup dimana tidak perlu toleh kebelakangan kerana itu semua hanyalah sejarah hidup.
Sekadar info, sebelum Safee mendirikan rumah tangga bersama Fitria Elfina, pemain bola sepak itu pernah berkahwin dengan wanita bernama Sabrina pada tahun 2007 tetapi berpisah sekitar tahun 2012.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source