3 syarikat peralatan elektrik, jadi mangsa tender ‘pejabat pendidikan daerah’
KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengesan kes penipuan pembelian sistem kuasa mudah alih disyaki didalangi individu mengakui kononnya pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus melibatkan kerugian keseluruhan RM96,136 pada minggu lalu.
Setakat ini, tiga pengusaha syarikat peralatan elektrik sekitar bandar raya ini mendakwa telah menjadi mangsa penipuan tersebut.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 30 dan 60 tahun mendakwa masing-masing telah dihubungi suspek pada 19 Mac dan 21 Mac lalu.
“Kesemua mangsa telah dihubungi suspek yang mengenalkan diri kononnya pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus bernama Mohd. Izuddin.
“Suspek didakwa kononnya pejabat pendidikan daerah berkenaan berminat untuk membeli power station portable (sistem kuasa mudah alih,” katanya di sini hari ini.
Mazli berkata, suspek turut dikatakan mencadangkan nama pembekal bagi mendapatkan bekalan sistem kuasa mudah alih kepada syarikat peralatan elektrik terbabit.
Beliau berkata, mangsa yang terperdaya terus membuat pembayaran tempahan gajet tersebut ke akaun bank kononnya milik pembekal yang telah dicadangkan suspek.
“Stok power station portable itu didakwa kononnya aka terus dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus.
“Syarikat peralatan elektrik terbabit menyedari tertipu apabila tidak menerima sebarang pembayaran pembelian gajet terbabit sebelum pemeriksaan mendapati tiada pegawai bernama Mohd. Izudin berkhidmat di pejabat daerah terbabit,” katanya.
Mazli berkata, Pendidikan Daerah Kuala Nerus juga mengesahkan tidak pernah mengeluarkan sebarang tender pembelian sistem kuasa mudah alih berkenaan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source