“Kau Minta Sedekah Naik Honda?” – Individu Dedah Pengemis ‘Kaya’ Bawa Honda CRV, Minta Sedekah Kerana Jaga Warga Emas
Tular di media sosial baru-baru ini seorang individu yang mendedahkan penipuan seorang peminta sedekah yang terlihat daif namun sebaliknya mempunyai kereta yang mewah serta berkemampuan.
Naik kereta Honda
Melalui sebuah video yang dimuat naik di platform X itu, seorang lelaki membongkarkan kegiatan pengemis wanita yang ternyata menaiki kereta Honda CRV. Namun, wanita itu tidak mengakui perbuatannya itu dan berkata kereta itu milik rakannya.
Malaysia sampai bila diperbodohkan. Minta sedekah pun pakai Honda CRV.
Fuyo, kau minta sedekah naik Honda? Jauh kau parking, sebab tu aku nampak kau kat Keramat hari tu.
Bukan kereta saya, pinjam daripada kawan. Kawan punya kereta. Saya tak ada duit nak beli barang. Kereta ini bukan saya punya.
Minta sedekah untuk jaga warga emas
Pada masa yang sama, individu ini turut mendedahkan wanita yang dalam lingkungan usia 50-an itu mendakwa dirinya meminta sedekah kerana tiada duit untuk menjaga dua warga emas di rumah.
Dia pun tua, kalau tiba-tiba sakit macam mana? Macam mana dengan orang tua yang dia jaga? Nanti mati tak makan di rumah. Sepatutnya dia pergi minta bantuan, seperti daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jika betul-betul susah.
📹 Iqbal Blues pic.twitter.com/BwgNM4cknQ
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 25, 2024
Tambahnya, perkongsikan video tersebut hanya berniat untuk memberi pengajaran dan kesedaran pada masyarakat Malaysia agar tidak mudah tertipu dengan pengemis.
Masyarakat harus tahu saluran yang betul untuk beri bantuan. Pengemis beri salam je mudah simpati. Bila kita tegur dan tanya mereka, masyarakat pula beri pandangan macam kita buat salah.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source