Zed Zaidi Sokong Blacklist Artis Kontroversi
Presiden Persatuan Seniman Malaysia iaitu Zed Zaidi berkata pihaknya menyokong tindakan penerbit dan produser yang mahu memboikot pelakon bermasalah dan terlibat dengan kontroversi.
Memetik mStar Online, Zed berkata ianya wajah dilakukan jika kontroversi tersebut boleh mencemarkan nama industri seni tanah air.
BACA: Mungkin Aliff Ada Masalah Mental, Seniman Sedia Bantu – Zed Zaidi
“Seniman sangat menyokong tindakan produksi blacklist nama-nama artis yang penuh kontroversi ini. Lebih-lebih lagi kalau kontroversi mereka merosakkan nama baik industri seni tempatan,” katanya.
Sementara itu, Zed berkata pihak sendiri akan menilai kontroversi seseorang artis itu itu sebelum mengambil tindakan lebih-lebih lagi apabila sudah disabitkan kesalahan tersebut.
“Kami turut menilai juga apa kontroversi tersebut termasuklah melibatkan isu jenayah atau kesalahan Mahkamah Syariah,” katanya.
Dalam pada itu, Zed turut mengingatkan penggiat seni untuk sentiasa menjaga imej dan tidak menyalahkan netizen apabila diboikot sebaliknya salahkan diri sendiri.
“Pelakon membawa diri mereka sebagai produk dalam industri kreatif, jadi mereka harus bertindak mengikut ‘selera’ masyarakat yang melihat. Jangan salahkan netizen kalau kena boikot. Mereka tahu menilai baik dan buruk, salahkan diri sendiri dulu,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source