“Ia Memalukan, Sampaikan Ilmu Tapi..” – Guna Foto Artis Wanita Tak Berhijab Untuk Sampaikan Ilmu, Lufya Omar Tegur Ustaz Dusuki
Sebelum ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki ada menyampaikan pesanan berbentuk keagamaan di Instagram miliknya yang menyentu mengenai salah faham mengenai kecantikan manusia yang diukur pada rupa paras dan fizikal dan bukannya ketaatan sebagai seorang muslim.
Dalam hantaran itu, Ustaz Ahmad Dusuki berkata kecantikan seseorang itu bukan diukur pada pandangan mata kasar manusia sebaliknya tahap keimanan mereka.
Salah faham dalam masyarakat kita memahami makna kecantikan. Kecantikan itu bukan di ukur pada pandangan mata kasar manusia. Jika di ukur pada pandangan mata kasar manusia, manusia yang telanjang itu pun dianggap cantik kerana syaitan akan mewarnai kemaksiatan itu.
Namun begitu, pendakwah itu dilihat menggunakan foto pelakon tidak berhijab sebagai contoh sekaligus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Bukan sahaja netizen, pelakon Lufya Omar turut terpanggil untuk memberi sedikit teguran buat pendakwah berkenaan.
Saya kurang setuju gambar artis ini digunakan bagi tujuan menyampaikan ilmu tetapi dalam masa yang sama memalukan individu berkenaan. Kalau saya di tempat dia saya tidak akan ambil teguran ini secara baik.
Malah, Lufya turut memberi contoh keadaan dirinya yang dulu tidak berhijab namun mula berhijrah kerana terbuka hati dengan nasihat lembut golongan orang alim yang tidak prejudis.
Difahamkan, Ustaz Ahmad Dusuki menggunakan foto aktres Vanidah Imran yang menjadi bahan berita sebuah tabloid hiburan dengan tajuk ‘Umur sudah 51 tahun tapi canti bagai anak dara, Vanidah Imran kongsi rahsia maintain kecantikan’.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source