Tiga kes keracunan makanan bazar Ramadan di Johor
JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) akan menyiasat tiga kes keracunan dipercayai akibat makanan telah basi yang dijual peniaga bazar Ramadan di negeri ini, sejak awal Ramadan lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, kejadian tersebut melibatkan dua kes di Johor Bahru dan satu kes di Mersing.
“Kita terima aduan ini menerusi kemudahan imbasan kod QR yang diperkenalkan JKNJ di tapak-tapak bazar Ramadan. Kaedah ini sudah diperkenalkan tahun lalu dan ia diteruskan tahun ini.
“Aduan berkenaan sedang disiasat dan kita akan diambil tindakan sewajarnya jika benar berlaku pelanggaran ke atas mana-mana Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Tindakan melibatkan kompaun atau tutup tidak lebih 14 hari untuk tujuan pembersihan,” katanya selepas Program Walkabout dan Lawatan ke Bazar Ramadan Taman Universiti, Skudai, di sini semalam.
Tambah Tian Soon JKNJ telah mengeluarkan 49 notis kompaun (32B) kepada peniaga bazar Ramadan atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 termasuk melibatkan aspek kebersihan, sepanjang minggu pertama Ramadan.
“Tawaran kompaun sebanyak RM5,500 telah dikeluarkan kepada semua peniaga terlibat.
“Sepanjang minggu pertama Ramadan, kita telah memeriksa 1,399 premis dengan sebanyak 1,393 atau 99.6 peratus daripadanya mempunyai tahap kebersihan yang baik melebihi 80 peratus. Tiada premis yang diarahkan tutup,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source