Akmal kekal pendirian lantang isu stoking kalimah Allah
SEBERANG PERAI – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berpegang teguh dengan pendiriannya yang lantang bersuara mengenai isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di KK Mart.
Beliau berkata, tindakan yang dilakukan Pemuda UMNO itu juga mendapat sokongan kepemimpinan tertinggi parti itu.
“Saya berjumpa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan beliau tidak cakap apa pun. Tak ada perkataan daripadanya, tegah apa saya buat. Apa yang saya lakukan bukan soal politik atau ‘mileage’ (kelebihan).
“Kalau saya bukan Ketua Pemuda UMNO sekali pun, saya tetap berpendirian mempertahan agama, bangsa dan negara,” katanya ketika ditemui di Majlis Santuni Kasih Ramadan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di Masjid Jamek Al-Amin Simpang Tiga, di sini.
Muhamad Akmal juga menegaskan, ketegangan yang timbul bukan disebabkan oleh beliau, sebaliknya DAP yang menjadikannya sebagai isu perkauman.
“Hubungan keruh ini kerana isu stoking, tetapi DAP yang jadikannya isu kaum kerana kami (UMNO) bercakap antara pihak KK Mart dan umat Islam. Kami minta umat Islam boikot KK Mart, bukannya boikot agama dan bangsa.
“Semalam, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bertanya sekiranya orang Melayu lakukan, adakah saya akan buat perkara yang sama? Saya jawab yang saya akan buat perkara sama, malah saya akan boikot lagi teruk daripada ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source