Supermarket, hypermarket berangkai jadikan isu KK Mart iktibar
TANJUNG MALIM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pasar raya di negara ini agar menjadikan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Mart sebagai iktibar.
Beliau berkata, beliau tidak mahu isu tersebut dipandang ringan atau diambil kesempatan oleh mana-mana pihak berkepentingan walaupun KK Mart telah melakukan permohonan maaf.
“Ini bukan hanya masalah agama atau kaum. Ini adalah masalah yang pada pada hemat saya harus segera selesaikan. Permohonan maaf telah dibuat dan saya saya yakin bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi dan mereka (KK Mart) tentunya akan lebih berhati-hati,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan 1445H di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda di Sungkai di sini.
Pada masa sama, Ahmad Zahid menegaskan bahawa mana-mana supermarket ataupun hypermarket yang mempunyai rangkaian di seluruh negara belajar daripada apa yang berlaku itu.
Tegas beliau, isu berkenaan harus diselesaikan dengan segera agar ia tidak disalah tafsir serta ditunggangi oleh mereka yang berkepentingan.
“Kita harap pandangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dijadikan sebagai asas atas tindakan-tindakan akan dilakukan selanjutnya,” katanya yang turut menyambut baik pandangan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail berhubung isu berkenaan.
Bahkan, beliau berkata, pandangan UMNO terhadap isu tersebut adalah sama seperti yang dititahkan oleh Sultan Ibrahim dan Tuanku Ismail.
“Saya mendapat respons (berhubung isu KK Mart) dari rakan dan parti-parti politik. Saya berasakan bahawa masalah ini adalah terkelas dalam 3R (agama, raja dan kaum). Isu-isu ini jangan dipandang ringan, walaupun pihak KK Mart telah memohon maaf dan kita minta agar Ketua Pemuda UMNO menyantuni perkara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source