Bahan binaan ganggu lalu lintas ancam nyawa
KAMPAR – Bahan binaan seperti pasir, batu dan kayu bagi mengubah suai sebuah bangunan di Jalan Idris, di sini, bukan sahaja mengganggu lalu lintas, malah turut berisiko mengancam nyawa pengguna jalan raya selain kurang enak dipandang.
Difahamkan bahan binaan itu telah ‘tersadai’ selama beberapa bulan tanpa sebarang tindakan pihak berkuasa.
Seorang pemilik premis, Chong Xi Fei, 41, berkata, beliau khuatir sekiranya pada waktu puncak, berlaku kemalangan di jalan itu kerana kebanyakan pengguna tidak menyedari mengenai keberadaan bahan binaan tersebut.
“Bahan-bahan tersebut sudah beberapa bulan di situ dan amat mengganggu lalu lintas terutamanya pada waktu puncak seperti hari persekolahan selain masa pengguna pergi dan pulang kerja.
“Saya berharap tindakan segera dapat dilakukan sebelum berlakunya kemalangan atau kejadian yang tidak diingini,” katanya di sini semalam.
Seorang pengguna jalan raya, Sani Ahmad, 50, berkata, wujudnya bahan binaan itu selama beberapa bulan sedikit sebanyak turut mencacatkan pemandangan di bandar itu.
“Sekarang kita sedang giat untuk mempromosikan Tahun Melawat Perak 2024 dan Kampar merupakan salah satu lokasi tarikan bagi lokasi eko-pelancongan.
“Sekiranya perkara ini pun kita tidak boleh uruskan dengan baik, ia akan menjejaskan pelancong untuk hadir ke sini,” katanya.
Sani juga berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera sebelum lokasi itu dijadikan tempat membuang sampah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Orang sekarang, pantang tengok ada peluang, mereka tengok dah lama di situ takut nanti ada yang tidak bertanggungjawab buang sisa-sisa binaan di situ pula,” katanya. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source