“Kami Tidak Menyokong Artis Kelakuan Buruk” – Tindakan Jenama Produk Kesihatan ‘Blur’ Wajah Ruhainies Dalam Video Iklan Tuai Pujian Netizen
Tular di media sosial hari ini mengenai video ‘marketing’ produk daripada satu jenama makanan dan minuman kesihatan yang bertindak mengaburkan wajah Ruhainies telah menuai pelbagai respon dalam kalangan warga maya.
Wajah Ruhainies di’blur’ kan dalam video promosi
Dalam hantaran video tersebut, jenama terkenal tersebut ada menjelaskan mengenai rakaman kempen tersebut yang dijalankan pada bulan Disember tahun lalu.
Malah, jenama itu juga menegaskan bahawa pihak mereka tidak menyokong mana-mana pihak yang berkelakuan buruk atau terlibat dalam kontroversi.
Penggambaran iklan produk KITSUI ini menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies.
Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada october 2023.
Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, KITSUI berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini.
Netizen puji tindakan Kitsui
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen memuji tindakan jenama berkenaan yang seolah-olah tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang berkelakuan buruk.
Tahniah kerana tidak menyokong penyondols/penyodok dan seangkatan dengannnya.
OMG terbaik Kitsui 💯 for blurring like that. Kite kena support Kitsui for stand up towards integrity.
Malah, ada yang meminta jenama-jenama produk yang lain yang telah mengambil aktres itu sebagai model untuk melakukan tindakan yang sama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source