Kanak-kanak lelaki parah, leher dan dada tertusuk besi
KOTA MARUDU – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila leher dan dadanya tertusuk besi ekoran terjatuh berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tandek di Kampung Tandek hari ini.
Mangsa berusia lima tahun itu dipercayai terjatuh ketika berjalan bersama ibunya menuju ke sebuah kedai runcit berhampiran SK Tandek.
Susulan kejadian itu, ibu mangsa terus bergegas menghantar kanak-kanak terbabit ke Hospital Kota Marudu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan ekoran besi yang tertusuk pada mangsa sukar untuk mengeluarkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.31 petang.
“Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke hospital. Anggota bomba bertugas berjaya memotong besi berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.
“Bagaimanapun, keadaan mangsa kini tidak dapat dipastikan kerana mangsa ditidurkan sewaktu operasi mengeluarkan besi itu dijalankan.Sebaik besi itu berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source