Raya Mode On! Datang Sunway Pyramid & Nikmati ‘Gaya Riang Raya’ Konsep Morocco
“Raya raya raya…Selamat Hari Raya…Kami ucapkan kepada satu dunia”… Aduh betul-betul mode Raya on lah kalau dengar lagu Raya dari Dolla ni. Tapi gais, kalau anda nak rasai lagi mode Raya yang meriah dan lain dari lain, pleaseee datangla ke Sunway Pyramid. Memang gempak habis persediaan dari mereka.
Berkonsepkan Morocco’s Souk atau pasar modern, dekorasi yang berwarna warni dan exotic ini sangat kena dengan tema ’Gaya Riang Raya’ yang dipilih.
Berkolaborasi pula dengan artis lokal, Nas Suha yang terkenal dengan hasil karya mural, doodle dan ilustrasi yang hebat, kami yakin anda tidak akan kecewa datang ke sini!
Dekorasi Padu & Menarik!
Serius cakap sebaik sahaja anda masuk ke sini, anda akan terpukau dengan corak berwarna-warni di dinding bangunan yang glamor dan berseni.
Di pintu masuk ada pintu gerbang reka bentuk Moorish yang unik, terpampang dengan motif mosaic bunga Raya dan warna kontemporari.
Bukan tu jer, tumbuh-tumbuhan seperti palma dan tumbuhan lain pun ada bagi menambah seri dan menghidupkan suasana disini.
Aspek warna yang berbeza pula sengaja digunakan untuk menonjolkan lagi suasana gembira dan meriah bagi meraikan serta melambangkan budaya unik Malaysia. Barulah 1 Malaysia!
Tak habis dengan itu, pelbagai motif menarik dan seni bina turut digabungkan dengan seni berwarna-warni. Ini digunakan untuk mempamerkan perayaan tradisional dengan cara yang bergaya.
Ia juga mempunyai struktur tersendiri dilengkapi dengan paparan karya seni kontemporari, tembikar hiasan, fabrik berwarna-warni dan pelbagai jenis kraf seni! Sangat cantik gais.
Satu lagi, dekorasi di sini pun sangat mesra Instagram. Sesuai sangat pada anda yang suka mengambil gambar dan ber-OOTD! Bolehla tambah gambar sebagai kenangan!
Selain itu, terdapat juga ruang yang direka untuk yang lain penglibatan interaktif dan platform yang didirikan untuk persembahan dan hiburan. Banyak juga aktiviti lain yang anda boleh lakukan. Nak tahu apa kena lah datang sendiri. Barulah surprise!
Shopping & Buka Puasa Sekali
Anda tahu tak benda apa yang paling kami suka bila datang mall? Semuanya ada di bawah satu bumbung! Jadi anda tak perlu nak habiskan masa pergi kesana sini.
Maksud kami adalah alang-alang anda dah datang ke Sunway Pyramid ni, bolehlah buka puasa dan raya shopping kat sini. Oh ya, jangan lupa cuba buka puasa di Supamala, Restoran Szechuan Hotpot yang diperakui Halal pertama di Malaysia tau. Love teruks makanan dia.
Paling best, banyak promosi menarik! Almaklumlah nak Raya kan..hiks. Buat anda yang rindukan suasana hari raya yang unik, cepatlah datang ke sini, sumpah vibe dia memang awesome!
Aktiviti ini dibuat untuk seluruh keluarga bergembira semasa membeli-belah di Sunway Pyramid. Jadi tunggu apa lagi, ayuh ke Sunway Pyramid musim perayaan ini. Info lanjut layari website Sunway Pyramid!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source