Bantuan elaun pengemis OKU miliki Proton X70 dihentikan
KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberhentikan bantuan elaun orang kelainan upaya (OKU) kepada seorang penerima yang didakwa melakukan aktiviti mengemis sehingga mampu memiliki Proton X70.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, pihaknya turut meminta lelaki itu melengkapkan surat aku janji sebagai jaminan untuk tidak mengemis lagi selain menghentikan elaun sebanyak RM450 bermula bulan ini.
“Siasatan lanjut mendapati dia kini bekerja di sebuah syarikat bas sebagai penyelia syif dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan.
“Oleh sebab itu, individu ini tidak boleh lagi menerima bantuan Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan mengenai tindakan KPWKM terhadap seorang OKU yang menerima bantuan JKM, namun melakukan aktiviti mengemis dan memiliki sebuah Proton X70.
Mengulas langkah jangka panjang bagi menangani golongan papa dan gelandangan, Noraini berkata, pihaknya sedang melaksanakan Kajian Semakan Semula Akta Orang-Orang Papa 1977 dalam usaha menambah baik pengendalian isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source