“Suami Saya Tak Cerewet, Senang Dijaga”
Hampir tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Datuk Ahmad Asraf Azman, pelakon Datin Intan Najuwa dilihat tidak kekok untuk ke dapur dan memasak untuk suami meskipun hidup dalam kemewahan.
Memetik Hib Glam, Intan berkata apa yang dilakukannya itu adalah perkara biasa yang dilakukan oleh wanita bergelar isteri serta mengakui suaminya mudah dijaga.
BACA: Sukan Berkuda Rapatkan Hubungan Intan Najuwa & Suami
“Saya rasa perkara itu (mengurus suami) datang secara semula jadi. Saya hanya buat apa yang termampu dan sehabis baik sebagai isteri. Mujur suami saya tidak cerewet dan senang dijaga. Itu sahaja.
“Itu adalah tanggungjawab saya. Alhamdulillah, selepas berkahwin, saya bertambah gembira. Kalau kita ikhlas, tidak akan rasa terbeban,” katanya.
Sementara itu, Asraf berkata pada awalnya dia tidak biasa apabila terkena tempias populariti isterinya namun Intan menasihatinya supaya tidak membaca komen netizen.
“Memang banyak cabaran. Apa yang penting kena bersabar. Isteri juga nasihatkan saya supaya tidak membaca komen-komen dalam media sosial.
“Sebelum berkahwin dengan Intan pun, saya sudah bersedia. Maksudnya daripada segi tempias populariti, gosip dan sebagainya. Cuma saya seorang pemalu. Jadi, mahu tidak mahu saya kena terima juga,” katanya.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Asraf Azman yang juga seorang usahawan pada 18 Ogos lalu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source