Tahu Cerita Dari Awal Sampai Akhir, Puteri Sarah Minta Doakan Bella Astillah
Awal pagi Sabtu lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama seorang pelakon jelita Ruhainies di sebuah kondominium mewah.
Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Puteri Sarah menerusi satu perkongsian meminta agar memberikan kata-kata semangat pada Bella Astillah serta tidak menghakimi pelakon dan penyanyi itu.
BACA: “Aku Tak Boleh Brain Lelaki Macam Ni” – Mila Jirin Beri Sokongan Pada Bella Astillah
“Marilah kita sama-sama beri semangat pada @bellaastillah. Janganlah kita judge dia. Yang dah berlalu, biarlah berlalu. Kita fokus yang sekarang,” katanya.
Sementara itu, Puteri Sarah mengatakan dia tahu cerita dari awal sampai akhir serta tidak menghakimi Bella sebaliknya berkata yang baik-baik kerana ianya satu doa.
“Saya tahu cerita dari awal sampai akhir jadi tak baik kita judge dia. Berkatalah yang baik2 kerana itu adalah satu doa. Berilah Bella ruang. Sama2 kita berdoa untuk Bella,” katanya.
Sabtu lalu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Aliff memaklumkan dia bakal menjelaskan situasi sebenar mengenai kejadian yang berlaku itu. Tulisnya lagi, dia bukan ingin menegakkan benang yang basah, sekadar berkongsi kepada yang ingin mendengar.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source