Yayasan Perak terima penarafan MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti
IPOH – Yayasan Perak berjaya memperolehi penarafan sijil MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti manakala para pegawainya turut ditauliahkan sebagai Change Management Specialist setelah selesai melalui On Job Training selama 10 bulan.
Sijil penarafan MS ISO berkenaan oleh disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Platinum Shauffmantz Veritas Sdn. Bhd., Mohamed Shariff Abu Bakar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Pentauliahan pegawai-pegawai Yayasan Perak pula disampaikan oleh Ketua Pengarah Eksekutif Opulence Alliance Sdn. Bhd., Norbiatul Adawiyah Mohd. Nor kepada Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan.
Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyaksikan upacara penyerahan sijil penyerahan MS ISO serta pentauliahan pegawai-pegawai berkenaan.
Menurut Saarani, penarafan dan pentauliahan ini membuktikan kesediaan Yayasan Perak ke arah pelan transformasi serta penjenamaan semula Yayasan Perak sekali gus meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan kepada mereka.
“Penarafan dan pentauliahan ini juga turut membuktikan kemampuan Yayasan Perak dalam menerajui pembangunan modal insan yang unggul, dinamik dan bertaraf global ke arah kesejahteraan negeri Perak menjelang 2030.
“Penarafan MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti dan pentauliahan pegawai-pegawai sebagai Change Management Specialist ini mencerminkan kredibiliti Yayasan Perak sebagai sebuah agensi yang efisien dan mempunyai tatakelola baik serta teratur,” katanya di sini hari ini.
Saarani berkata, harapan beliau adalah agar Yayasan Perak menjadi sebuah agensi Badan Berkanun yang dipercayai dan telus dalam melaksanakan amanah terutamanya melibatkan peruntukan dan sumbangan sama ada daripada kerajaan negeri atau agensi-agensi lain.
Beliau menegaskan, bagi mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015, Yayasan Perak akan terus komited dalam usaha memastikan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa dipantau dan ditambah baik bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
“Selain itu, kompetensi pegawai-pegawai akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan Yayasan Perak terus cemerlang.
“Yayasan Perak akan terus berusaha mengenal pasti ruang dan peluang penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan melalui pemantauan dan penilaian secara berkala supaya dapat menangani masalah atau risiko di dalam Yayasan Perak,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source