“Takat Modal Air Liur Dah Kesian, Jangan Dok Buat Palatau” – Rita Rudaini Tak Reda Dengan Segala Penghinaan Dan Penganiayaan Yang Diterima
Pelakon Rita Rudaini menerusi Instagram mengkritik tindakan sesetengah netizen yang didakwanya tidak menjaga sensitiviti dan kurang ajar terhadap dirinya dan anak-anak.
Minta netizen jangan ‘palatau’
Dalam hantaran Instagram itu, Rita ada memuat naik keratan video buku tulisannya yang berjudul ‘Kerana Aku Seorang Perempuan’ dan meminta warga maya membaca naskah tersebut sebelum menilai dirinya.
Advertisement
Dah 2024, netizen tak payah buat terpaling tahu. Jaga sensitiviti orang. Kalau tak tahu jangan buat ‘palatau’. Baca dulu buku ini sebelum nak komen. Setakat modal air liur dah kesian, dah terpaling sedih, siapa-siapa pun boleh.
Tidak reda dengan penghinaan dan penganiayaan
Dia dalam pada itu memohon agar orang ramai tidak masuk campur dalam urusannya anak beranak kerana kehidupannya kini sudah cukup bahagia.
Dah dah la tu, kami bertiga dah cukup tenang. Anak-anak pun dah tumbuh misai. Tak duduk dekat tempat kami senang la cakap, lebih baik duduk diam saja dan jangan tambah beban orang.
Rita juga menegaskan bahawa dia tidak reda dengan segala penghinaan dan penganiayaan yang diterimanya selama ini selain menyerahkan segala urusan kepada Allah S.W.T.
Sebelum ini, bekas suami Rita, pemain bola sepak Aidil Zafuan dilaporkan ada menyebut nama anak-anak mereka iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa ketika sesi siaran langsung di media sosial.
Netizen kemudian meminta Rita untuk membawa anak-anak untuk bertemu Aidil sebelum diselar aktres itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source