Sharifah Shahirah Dedah Aman Graseka Minta Bantuan Lagi, Kali Ini Anak Sedang Ditidurkan
Penyampai radio, Sharifah Shahirah mendedahkan dia menerima mesej daripada isteri kepada pelakon Aman Graseka pada awal pagi tadi.
Memetik mStar Online, Shahirah berkata anak kepada pelakon itu dikhabarkan sedang sakit dan ditidurkan disebuah hospital di Kedah. Malah, isteri Aman berkata mahu menunjukkan video sebagai bukti.
BACA: Mas Idayu Terkejut Aman Graseka Minta Bantuan
“Isteri dia mesej saya beritahu anak sedang ditidurkan di hospital. Saya terima mesej itu awal pagi sekitar waktu Subuh. Dia cakap mahu tunjuk video sebagai bukti,” katanya.
Sementara itu, Shahirah atau Shiera berkata dia tidak bertanya lanjut mengenai keadaan anak pasangan itu dan hanya berkongsikan kepada pendengar Suria Petang agar mendoakan kesihatan anak mereka.
“Saya memang tidak bertanya lanjut. Kalau benar anak sakit, kenapa sampai perlu nak tunjuk video. Jika perlukan bantuan, dia sepatutnya hubungi orang terdekat.
“Sebelum ini pun dia tidak jujur sebab itu saya hanya berdiam sahaja kali ini. Cuma kalau betul saya hanya minta orang ramai mendoakan urusan mereka dipermudahkan,” katanya.
Dalam pada itu, Shiera berkata jika Aman memerlukan bantuan lebih baik jika terus menghubungi pihak media untuk berkongsi cerita kerana dia tiada kudrat untuk membantu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source