Cubaan seludup 300 karton minuman keras tidak bercukai tumpas
KOTA KINABALU – Sebanyak 300 karton minuman keras tidak bercukai pelbagai jenama dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kelmarin.
Dalam rampasan dijalankan sekitar pukul 3.30 pagi itu, bot peronda APMM yang menjalankan Ops Khas mengesan pergerakan sebuah bot bergerak laju di timur laut Pulau Belangkasan menuju ke Muara Sungai Sarap, Menumbok sebelum bertindak mengekori bot pancung berkenaan sehingga ke tebing sungai.
Pengarah APMM Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, hasil pemerhatian mendapati bot berkenaan sedang menjalankan aktiviti pemunggahan barang ke lori kargo.
“Semua suspek bertindak melarikan diri ke kawasan paya bakau berhampiran dan meninggalkan bot, lori serta muatan yang dipunggah.
“Usaha menjejaki suspek yang berada di lokasi pemunggahan gagal berikutan keadaan gelap dan kawasan berpaya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati muatan terbabit dipercayai cuba diseludup masuk dari Labuan,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau menyatakan nilai rampasan termasuk bot bersama enjin, lori kargo dan muatan berjumlah lebih RM350,000. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source