Mekanik maut dilanggar ketika baiki lori
HULU SELANGOR – Mekanik warga emas berusia 60 tahun menemui ajal setelah dilanggar ketika membaiki sebuah lori di Kilometer 434.8 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, nahas membabitkan tiga kenderaan itu berlaku lebih kurang pukul 3.45 petang tadi.
Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Isuzu dua tan di pandu oleh lelaki tempatan berusia 39 tahun bersama dua orang kelindan, sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Storm dipandu seorang lelaki tempatan,68, bersama seorang penumpang,60, dan sebuah lori jenis Isuzu Roro dipandu oleh lelaki tempatan, 44.
“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku sewaktu penumpang Mitsubishi (mekanik) sedang membaiki lori Isuzu Roro yang mengalami kerosakan di tempat kejadian.
“Lori Isuzu dua tan hilang kawalan lalu melanggar belakang Mitsubishi Storm yang diletakkan di belakang lori Isuzu Roro.
“Pada masa yang sama, mekanik yang berada di hadapan Mitsubishi Storm dilanggar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, pemandu lori Isuzu dua tan mengalami kecederaan di kepala dan badan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan sementara dua kelindannya cedera ringan.
“Bedah siasat terhadap mangsa akan dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Setakat ini, tiada tangkapan dibuat pihak polis,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source