Dini Tak Boleh Tinggi Suara Dengan Saya
Pelakon Janna Nick berkata dia tidak boleh menerima sekiranya suaminya, Dini Schatzman bercakap dalam nada tinggi apabila berkomunikasi dengannya.
Menerusi satu video, Janna berkata hatinya sangat sensitif jika ada yang berbual dengan nada tinggi suara terutama suaminya.
BACA: Janna Nick Bagi Amaran Pada Dini Schatzmann Kalau Nak Kahwin Dua
@jannanickofficial Replying to @Queen Zuhayra communication is KEY . saya doa awak & suami happy , sentiasa bercinta sampai tua ??
“Dulu Dini tidaklah cakap dengan nada lembut sangat. Saya tidak boleh dengan seseorang yang cakap dalam nada keras atau tinggi suara.
“Lama-kelamaan dia pun sudah terbiasa cakap dengan begini dengan saya. Kalau dia cakap kasar saya akan mudah terganggu dan rasa dia seorang panas baran,” katanya.
Sementara itu, Janna berkata Dini juga turut merasakan perkasa sama apabila dia bercakap dengan nada suara yang tinggi.
Jelas Janna lagi, dia dan Dini bukan mengada-ngada berbual dengan nada suara seperti itu namun mereka selesa berkomunikasi seperti sedemikian.
“Sekarang ini, kalau tiba-tiba saya marah dan tertinggi suara, dia pun akan jadi sensitif dan terasa. Jadi, kami lebih selesa berkomunikasi sebegini.
“Kami juga bukan sengaja nak mengada-ngada berbual seperti bayi (manja) tetapi inilah diri saya. Saya tiada memori pada zaman kecil, jadi sekarang ini saya mahu cipta balik,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source