‘Antara ribuan pasangan, kami yang bertuah’
KUALA LUMPUR – “Antara ribuan pasangan yang hendak bernikah, kami yang bertuah. Tidak tergambar rasa gembira yang kami rasai hari ini,”
Begitulah kata Muhamad Adnan Abdullah, 53, dan Siti Mardiyah Mansor, 41, salah satu pasangan pengantin yang berpeluang untuk menyertai Majlis Akad Nikah Rahmah bersempena Sambutan Jubli Emas ke-50 Tahun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.
Menurut Adnan, dia dan isteri sangat berterima kasih dengan peluang sekali seumur hidup yang diterimanya untuk melangsungkan perkahwinan secara Rahmah yang diberikan oleh pihak Jawi.
“Selepas hantar borang, pihak Jawi terus panggil kami untuk sertai majlis ini. Ini semua rezeki dari Allah SWT untuk kami berdua. Antara ribuan pasangan yang hendak bernikah, kami bersyukur terpilih.
“Kami difahamkan, kami adalah pasangan terakhir daripada 10 pasangan yang ditawarkan.
“Alhamdulillah, dapat macam-macam hari ini. Saya rasa gembira dapat melangsungkan perkahwinan di sini bersama pasangan,” ujarnya.
Lebih indah, Adnan dan isteri telah dinikahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.
Menurut Adnan, kedua-dua belah keluarga sangat gembira dan menggalakkannya menyertai perkahwinan Rahmah yang dijalankan oleh Jawi itu.
“Pendapat saya, orang muda yang ingin melangsungkan perkahwinan seharusnya mengetepikan rasa malu sekiranya benar-benar berniat untuk menghalalkan hubungan masing-masing.
“Benda baik elok disegerakan. Kerja keras, kumpul duit kemudian banyakkan doa agar semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seramai 10 pasangan mempelai diraikan meriah dalam Majlis Akad Nikah Rahmah yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.
Sepanjang majlis berlangsung, pasangan pengantin yang terlibat dapat menikmati jamuan makan percuma untuk 700 orang tetamu, dekorasi pelamin indah dan sudut foto, sepersalinan busana pengantin, sebentuk cincin emas, serta hadiah iringan seperti set telekung, sejadah, senaskhah al-Quran dan plak cenderahati. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source