MotoGP: Ducati beri amaran awal
DOHA – Ducati memberi amaran awal bahawa mereka bersedia untuk mempertahankan gelaran pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas menguasai sesi ujian rasmi dua hari di Qatar yang berakhir kelmarin.
Juara dunia MotoGP musim lalu, Francesco Bagnaia ‘mengganas’ apabila mencatat masa terpantas satu minit 50.952 saat (s) sekali gus mengatasi rekod milik Luca Marini musim lalu iaitu satu minit 51.762s.
Ducati turut mengakhiri ujian tersebut dengan cemerlang apabila rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini turut meraih keputusan positif apabila berada di kedudukan kedua terpantas satu minit 52:072s.
Aksi terbaik itu membuktikan mereka memiliki jentera terbaik apabila Bagnaia turut menguasai sesi ujian di Malaysia pada 6 Februari lalu.
Biarpun mencatat keputusan cemerlang, Bagnaia enggan terlalu selesa kerana keputusan sewaktu ujian rasmi tidak menggambarkan hasil sebenar pada perlumbaan nanti.
“Saya mengakui jentera Desmosedici GP24 adalah lebih lengkap berbanding GP23 kami musim lalu. Jadi, pada masa ini saya dapatkan jentera baharu kami ini beroperasi dengan sempurna.
“Tetapi, kami tahu semua perkara tersebut pasti akan berlaku perubahan pada perlumbaan sebenar.
“Pada masa ini saya dapat rasakan perasaan positif pada jentera ini dan Enea (Bastianini) dan Jorge (Martin) juga sangat laju. Saya berbangga dengan apa yang kami capai ketika ini,” katanya. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source