Ibu cedera kepala, patah gigi dipukul guna kunci stereng
AMPANG – Seorang penganggur tergamak memukul ibunya yang sedang tidur dengan kunci stereng di kediaman mereka sekitar Jalan Bunga Melor, Taman Muda Cheras, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, aduan dibuat oleh ibu suspek yang berusia 74 tahun.
“Pada pukul 12.30 tengah malam semalam, pengadu dipukul ketika tidur menggunakan kunci stereng sehingga menyebabkan kepala berdarah dan dua batang gigi hadapan patah.
“Anak ketiga pengadu turut ditumbuk ketika cuba meleraikan keganasan dilakukan anaknya berusia 36 tahun.
“Punca kejadian disebabkan pengadu telah meletakkan almari kasut sehingga menghalang laluan ke bilik suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata Mohd Azam, hubungan suspek dan ibunya tidak baik selama 10 tahun manakala mangsa juga tidak mempunyai masalah mental.
“Hasil ujian air kencing terhadap suspek adalah negatif dadah. Suspek direman selama tujuh hari sehingga 27 Februari ini,” ujarnya.
Jelasnya, kes disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya. -KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source