“Ini Jalan Terbaik Buat Kami” – Neelofa Hentikan Penjualan Inai NunHa Serta Merta Setelah Dua Tahun
Pelakon dan usahawan, Neelofa memaklumkan bahawa perniagaan kecantikan inai keluaran syarikatnya telah dihentikan serta merta.
Perkara itu dimaklumkan Neelofa menerusi satu hantaran di Instagram di mana dia mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan mengeluarkan lagi sebarang produk inai di pasaran.
Kita akan buat clearance, kita akan habiskan stok. Tidak akan ada lagi signature Brown Innai di pasaran daripada NunHa. Semua kita akan keluarkan untuk buat ‘clearance’.
Isteri kepada ustaz selebriti PU Riz itu turut mengucapkan terima kasih buat penjual dan juga pembeli produk itu sepanjang kewujudannya di pasaran.
Kita tidak akan lagi keluargkan innai daripada NunHa. Mungkin inilah peluang terakhir untuk dapatkan innai yang terakhir dan penutup segala penceritaan inai-inai yang akan dan pernah wujud. Mungkin ini jalan terbaik buat kami.
Sekadar info, produk innai NunHa itu mula dipasarkan sejak tahun 2022 dan turut mendapat sambutan hangat terutamanya daripada peminat aktres jelita itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source