Jika saya tidak berpesan-pesan kepada kebaikan, mungkin saya berdosa – KPN
PETALING JAYA – “Jika saya tidak berpesan-pesan kepada kebaikan, mungkin saya berdosa.”
Demikian kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang memberikan gambaran penyelia perlu berani menegur salah laku anak buah dan setiap perkara yang mendatangkan mudarat kepada pasukan.
Memegang peranan sebagai penyelia di peringkat tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Razarudin menegaskan, beliau turut bertanggungjawab untuk memberikan nasihat serta teguran bagi membetulkan setiap perkara salah dalam pasukan itu.
“Kalau saya tidak bercakap, tidak mengingatkan dan berpesan kepada kebaikan, mungkin saya berdosa sebagai penyelia,” Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Bersama Penyelia Kontinjen Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, semalam.
Tambah beliau, setiap peringkat penyelia juga perlu menyahut cabaran dan menggalas tanggungjawab tersebut seiring dengan semangat kepolisian yang ada.
“Tuan-tuan tak nampak, penyelia dari peringkat koperal, sarjan, SM (sarjan mejar), SI (sub-inspektor), Inspektor, ASP (asisten superintendan), DSP (deputi superintendan) sampailah OCPD (ketua polis daerah). Kalau dia menyelia dengan baik dan ikhlas, tidak riak, takbur, saya rasa memang ada pahala,” ujar beliau.
Tegas Razarudin, mana-mana anggota dan pegawai merasakan diri sudah selesa dengan tidak menggalas tanggungjawab serta menegur anggota pasukan disarankan untuk ‘keluar’ daripada PDRM.
“Kalau tuan-tuan rasa masuk polis ini dengan anggapan tidak mahu jadi penyelia, duduklah (kekal pangkat) konstabel sampai tua, kalau pegawai-pegawai terasa diri tidak mahu jadi penyelia duduk (kekal pangkat) inspektor.
“Kalau boleh jangan masuk polis, kalau tuan-tuan, puan-puan masuk polis memburukkan PDRM bagus keluar, bagus keluar, saya cakap betul,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source