“Kalau Boleh Undur Masa, Saya Akan Betul-Betul Belajar Al-Quran”
Penyanyi Hazama menitipkan pesanan kepada remaja di luar sana yang masih berada di alam persekolahan agar tidak mensia-siakan peluang dan belajar bersungguh-sungguh.
Memetik Kosmo, Hazama berkata dia juga menyesal tidak mendalami Al-Quran serta kurang fokus dalam pelajaran ketika di zaman persekolahan.
BACA: Hazama & Isteri Tangguh Rawatan IVF
“Kepada adik-adik yang tengah sekolah, jangan main-main, rugi. Nanti bila umur 40 tahun akan pandang balik. Kalau boleh undur masa, saya akan betul-betul belajar al-Quran sebab semua jawapan dan solusi ada dalam nashkah itu.
“Kenapa masa zaman remaja nak membesar saya buat benda entah apa-apa, tetapi semuanya sudah tertuliskan. Kalau latih diri dari dulu, mungkin saya akan lebih ‘solid’ (berilmu). Ini umur 30 lebih baru nak mulakan (belajar),” katanya.
Dalam pada itu, Hazama berkata dia turut menyesal kerana tidak fokus dalam pelajaran dan lebih pentingkan perkara lain serta suka bermain-main.
“Satu lagi kadang-kadang terfikir zaman sekolah kita bukan bodoh cuma tidak fokus. Pentingkan perkara lain dan suka bermain-main.
“Macam sekarang bila kita belajar akan tahu dan boleh sahaja faham semua. Kenapalah kepala sekarang tidak sama macam zaman sekolah,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source