Zaiton Sameon Dedah Pernah Diajak Kahwin Oleh Sudirman, Namun Enggan – “Macam Mana Aku Nak Kahwin Dengan Kau, Kau Kan…”
Penyanyi lagenda, Zaiton Sameon berkongsi kisah hidupnya ketika di era kegemilangan bersama-sama dengan lagenda Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad suatu ketika dahulu.
Dalam satu sesi wawancara bersama Sinar, Zaiton memaklumkan hubungannya bersama Sudirman amat rapat dan Allahyarham pernah menciptakan lagu berjudul Lupakan Saja yang berkisar tentang kehidupan Zaiton.
Saya rapat dengan arwah masa tu saya standard 1 dia standard 3 jadi saya cerita dengan dia lah pasal cerita sedih kehidupan saya, tentang kahwin cerai dan saya nak bunuh diri.
Jadi lirik lagu tu memang dia suruh saya lupakan saja tentang kesedihan itu.
Malah, Zaiton mendedahkan bahawa Sudirman pernah mengajaknya berkahwin namun dia menolak.
Tapi, ada satu kali tu dia cakap, Ton jom kita kahwin lepastu saya jawab macam mana aku nak kahwin dengan kau, kau kan pendek, tak baik saya ni kan tapi saya cakap direct.
Zaiton dalam pada itu turut mengatakan dia berasa sedih kerana tidak sempat berkolaborasi bersama Allahyarham kerana dirinya mengalami kecelakaan jalan raya pada ketika itu.
“Dah nak buat dah lepastu saya accident” ujarnya.
Sekadar info, Zaiton terlibat dalam kemalangan jalan raya di Batang Kali, Selangor pada tahun 1990 sehingga dia menyebabkan hilang ingatan sementara.
Penyanyi lagu Menaruh Harapan itu turut kehilangan anak lelaki tunggalnya yang berusia 13 tahun dalam kemalangan itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source