Ketua Polis Johor turut terima emel ancaman bom
JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar mengesahkan beliau turut menerima ugutan ancaman bom menerusi emel rasminya, hari ini.
Ugutan ancaman bom itu diterima daripada individu bernama, Takahiro Karasawa yang turut memberikan kiriman emel kepada beberapa pihak lain, hari ini.
“Dia hantar emel dan semakan mendapati ia daripada alamat sama seperti yang pernah dihantar sebelum ini ke beberapa pihak iaitu pada Disember tahun lalu.
“Kita percaya orang yang sama dan hasil siasatan mendapati ia adalah akaun palsu. Setakat ini Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) antara pihak yang membuat laporan polis selain laporan daripada polis berikutan emel dihantar ke emel rasmi saya,” katanya semasa program Menyantuni Petugas Ops Selamat di persimpangan Bangunan Sultan Iskandar – Jalan Lingkaran Dalam, di sini malam ini.
Tambah Kumar, pihaknya bagaimanapun masih tidak jelas dengan motif pengirim emel tersebut namun memaklumkan siasatan akan terus dijalankan bagi mengenalpasti identiti pelaku.
“Kadang-kala kita susah nak cakap apa yang difikir pengirim emel tersebut, hanya dia yang tahu apa dia fikir. Pada saya mungkin dia sengaja mahu mewujudkan ketegangan.
“Ingin saya tegaskan di sini, apa yang dilakukan orang ini adalah salah di sisi undang-undang dan pihak polis akan ambil tindakan. Kita berusaha untuk mengesan pelaku dan apa-apa perkembangan kita akan kongsikan kelak,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source