PM sempurna Istiadat Penyerahan Suratcara Pelantikan Ketua Pengakap Negara Ke-7
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Istiadat Penyerahan Suratcara Pelantikan Ketua Pengakap Negara Ke-7 dan Penganugerahan Bintang Semangat Padi (Emas) kepada Mejar Jeneral (B) Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin di pejabat beliau hari ini.
Perdana Menteri melalui satu hantaran di laman media sosial berkata, pelantikan bagi mengetuai Persekutuan Pengakap Malaysia dilaksanakan selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 15 Disember lalu.
“Selaku Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), saya titipkan pesan buat Mohd Zin untuk menampilkan kepimpinan penuh teladan dan mengangkat tatakelola hatta integriti sepanjang menggalas amanah ini,” kata Anwar.
Sementara itu, Persekutuan Pengakap Malaysia melalui satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut adalah hasil daripada satu proses pemilihan yang menyeluruh, mengambil kira teladan kepimpinan, dedikasi serta sumbangan besar Mohd. Zin dalam perkhidmatan ketenteraan, perubatan dan pendidikan.
“Bawah bimbingan Mohd. Zin, PPM menjangkakan pertumbuhan besar dalam usaha untuk mentransformasi Persekutuan Pengakap Malaysia,” kata kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Mohd. Zin berkata, amanah yang diberikan kepadanya itu akan digalas sebaik-baiknya dalam melonjakkan lagi pencapaian PPM di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
“Saya akan menggalas amanah ini dengan penuh komitmen dan integriti terutama dalam mempersiapkan golongan muda-remaja untuk mendepani cabaran era baharu.
“Saya berharap seluruh warga PPM dapat bergerak sederap dalam memperkukuhkan peranan pengakap untuk menerapkan nilai integriti, disiplin, kepimpinan dan daya saing bagi melahirkan pemimpin masa depan negara,” katanya.
Mohd. Zin sebelum ini memangku tugas Ketua Pengakap Negara menggantikan Allahyarham Tan Sri Shafie Mohd. Salleh yang meninggal dunia pada 11 September 2019. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source