Satu mayat mangsa kepala air dijumpai
TAPAH – Satu lagi mayat tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh dekat Bidor di sini hari ini dijumpai pada pukul 9.50 malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai Hafiy Muhayat Azam berusia empat tahun.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asnawi berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan penduduk kampung yang turut membantu menjalankan operasi pencarian.
Katanya, anak kedua daripada tiga beradik itu dijumpai pada jarak 600 meter dari lokasi dia dan keluarga melakukan aktiviti perkelahan.
“Mangsa dijumpai dalam keadaan kaki tersangkut pada akar pokok di dasar sungai. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Penemuan mayat kanak-kanak itu menjadikan hanya dua lagi mangsa yang masih belum ditemui setakat ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu media melaporkan, seorang wanita maut manakala tiga anaknya dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras kepala air ketika sedang melakukan aktiviti perkelahan sekitar pukul 4 petang.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Aszura Bani, 37, manakala tiga anak yang masih hilang pula ialah Hanna Mikayla Azam, 7; Hafiy Muhayat, 4; dan Hanum Marissa, 2.
Dalam kejadian itu, kakak Aszura dikenali Aslinda, 38, dan anak lelakinya berusia 11 tahun serta pengasuh wanita warga Indonesia berusia 30-an terselamat. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source