“Saya Nak Bayar Duit Anak, Cikgu Kata Duit PIBG Tak Bayar” – Menangis Diberi Wang RM700, Kisah Lelaki Ini Buat Netizen Sebak
Dalam dunia ini, semua orang akan diuji tidak kira dari segi kesihatan, kehidupan, pekerjaan, ataupun kewangan dan setiap kesusahan itu berbeza-beza.
‘Saya nak bayar duit anak saya’
Melalui klip video yang sedang di platform X baru-baru ini, kelihatan YouTuber dari akaun FS Channel membeli seluruh putu mayam yang dijual oleh seorang lelaki dan diberi secara percuma kepada orang.
Biarpun harga seluruh putu ayam yang dibeli hanya RM116, tetapi YouTuber tersebut memberi sebanyak RM700 kepada penjual putu mayam itu sebagai sedekah dan ia membuat lelaki berkenaan tidak dapat menahan air matanya.
Malam macam ni mata masuk habuk
setiap orang berbeza kesusahannya, syabas orang baik-baik teruskan niat murni mu bantu orang memerlukan 🥹 pic.twitter.com/7LT77UPLIu
— ًِ (@bckupacc99) February 4, 2024
Dia menangis kerana rezeki yang diterima pada hari tersebut dapat membantunya membayar wang Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang sudah diminta oleh pihak sekolah.
Saya nak bayar duit anak saya. Cikgu kata duit PIBG tak bayar.
Dapat tahu bayaran PIBG adalah sebanyak RM400, YouTuber tersebut memberi lagi RM200 kepada penjual itu agar ada duit lebihan.
Netizen tumpang sebak, yuran PIBG mahal
Video tersebut telah meraih perhatian ramai, dimana rata-rata netizen yang menonton tidak dapat menahan air mata daripada mengalir.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga pertikai kenapa yuran PIBG terlalu mahal hingga menyusahkan para ibu bapa.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source