Mahkamah Sahkan Syarikat Kini Milik Aisyah Hijanah
Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah meluahkan rasa syukur apabila proses pembahagian harta sepencarian bersama suami, Alif Teega telah pun selesai.
Memetik Oh Bulan, Aisyah berkata syarikat Hijanah yang diusahakan bersama suami kini menjadi miliknya dan disahkan oleh mahkamah.
BACA: Alif Teega Bakal Lancar Lagu Bersama Aisyah Hijanah
“Hari ini (Isnin) kita baru sahaja habis perbicaraan untuk kes harta sepencarian yang kita sudah persetujui sebelum ini.
“Hari ini selesai sudah semua dan disahkan oleh hakim. Syarikat Hijanah sebelum ini kita uruskan bersama tapi Alhamdulillah Alif pun sudah serahkan sepenuhnya atas nama saya,” katanya.
Sementara itu, Alif berkata pemberian syarikat tersebut bukan menunjukkan isterinya seorang yang tamak sebaliknya Aisyah layak mendapat sepenuhnya syarikat tersebut.
“Apa yang kita buat hari ini bukan menunjukkan isteri saya tamak, nak bolot semua. Selayaknya Aisyah dapat sepenuhnya harta ini. Benda ini sepatutnya dibuat sebelum poligami. Isteri ada hak minta apa yang dia nak,” katanya.
Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai pembahagian harta buat isteri keduanya, Fatin, Alif berkata dia ada bahagian tersendiri.
“Rezeki dia (Fatin) ada. Tak semestinya kita bagi (Aisyah) semuanya, Fatin tidak dapat apa. Aisyah sesuai dapat apa yang dia dapat.
“Takkan yang diusahakan ini, yang kedua nak merasa. Biarlah Aisyah uruskan. Dia (Fatin) ada rezeki dia. Ada bahagian dia,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source