“Saya Jawab Relax Kan? Takda Rapping-Rapping Kan?” – Noh Salleh
Hari ini, media hiburan dihidangkan dengan kisah hak penjagaan anak dan inter-parte anak angkat kepada penyanyi Noh Salleh dan bekas isteri, penyanyi Mizz Nina.
Difahamkan, Mizz Nina mengambil keputusan untuk menarik semula kes hak penjagaan penuh tersebut terhadap Musa.
Berikutan keputusan itu, Noh mengakui dia berasa terkejut dan berharap kebenaran akan terungkap kerana merasakan dirinya telah dianiaya di khalayak ramai.
Sementara itu, suami Mizz Nina, Essam Muhammad menegaskan bahawa vokalis kumpulan Hujan itu boleh berhubung dengannya berkenaan hal Musa, dan bukannya Mizz Nina.
Kalau Noh mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga termasuk Mizz Nina, saya adalah mahramnya. Jangan cari isteri saya, carilah saya. Kalau mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial boleh diakses secara terbuka.
Sementara itu, Noh menerusi Instagram Story ada memuat naik satu hantaran memaparkan peguam yang mewakilinya sebentar tadi.
Saya jawab relax kan? Tak ada rapping-rapping kan?
Sekadar info, muncul satu dakwaan mengatakan Noh telah ‘menculik’ Musa daripada jagaan bekas isterinya namun penyanyi itu menafikannya.
Tindakan Noh yang memuat naik foto Musa ke media sosial telah membuatkan ibu kandungnya menuntut permohonan maaf dan mendakwa penyanyi itu telah melanggar kontrak ketika mengambil Musa sebagai anak angkat sebelum ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source