51 lagi tahanan lolos depot berjaya ditahan
TAPAH – Operasi bersepadu melibatkan pihak polis, imigresen dan orang awam bagi memburu 130 tahanan lelaki yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor, di sini, sejak malam Khamis lalu semakin membuahkan kejayaan dengan 51 orang lagi ditahan setakat pukul 3 petang tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pada pukul 3 petang tadi hasil maklumat orang awam, pasukan khas polis dan imigresen telah berjaya menangkap 10 orang lelaki etnik Rohingnya dikawasan ladang kelapa sawit Kampung Senta, Bidor.
“Polis percaya masih ramai tahanan yang masih lolos berada di hutan serta kampung sekitar kawasan Tapah dan Bidor. Operasi bersepadu ini aktif 24 jam bagi memburu baki 79 orang lagi tahanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Media melaporkan seramai 131 warga asing melarikan diri dari blok lelaki depot itu yang merangkumi 115 etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.
Bagaimanapun, seorang daripada tahanan berkenaan maut selepas dilanggar kenderaan ketika cuba melarikan diri. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source