Awie Sanggup Tolak Tawaran Solo, Lebih Utamakan Persahabatan
Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie berkata dia lebih mengutamakan persahabatan dan kepentingan anggota kumpulannya berbanding dirinya sendiri.
Memetik Harian Metro, Awie berkata dia tidak akan sesekali membelakangkan anggota Wings dan menghargai persahabatan mereka. Katanya lagi, dia sering memikirkan anggota Wings yang lain ada keluarga untuk disara dan jika dia mengambil tawaran solo maka tiada persembahan dari kumpulannya itu.
BACA: Usia Cecah 55 Tahun, Awie Bakal Timang Anak Ketujuh
“Kalau saya ambil kerja berlakon atau tawaran beraksi solo, tiadalah persembahan daripada Wings. Jadi, kawan-kawan saya nak makan apa?
“Kalaulah saya pentingkan diri, nak senang sendiri, dah lama saya dahulukan tawaran solo, tak kiralah menyanyi atau berlakon. Saya ada kawan-kawan yang perlu saya jaga.
“Sikap penting diri akan membuatkan kita hilang sahabat. Saya tak mahu itu berlaku, justeru saya dahulukan komitmen bersama Wings,” katanya.
Sementara itu, Awie berkata jika ada tawaran solo dan dalam masa sama ada tawaran bersama Wings, sudah pasti kumpulannya itu menjadi keutamaan.
“Saya rela lepaskan persembahan solo, meskipun tawaran itu lumayan habuannya. Untuk saya seorang dikira agak lumayan. Namun, biarlah saya dahulukan Wings.
“Ini bukan kerana nak jaga hati sesiapa, tapi lebih kepada menjaga rakan yang seperti saya, perlu mencari rezeki untuk kelangsungan hidup.
“Namun, jika ada tawaran solo yang saya ambil, saya akan gunakan pemuzik lain tanpa Wings. Ia kerana nilai Wings eksklusif dan mahal. Saya takkan bagi harga mereka sewenang-wenangnya kerana mereka perlu dihargai,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source