“Belum Ada Rezeki Anak, Doa-Doakan..” – Heliza Helmi & Suami Belum Ada ‘Plan’ Ambil Anak Angkat
Pasangan mana saja yang tidak menyimpan impian untuk memiliki cahaya mata sendiri apabila sudah mendirikan rumah tangga. Tetapi ada saja pasangan yang sudah berkahwin diuji memiliki zuriat lambat oleh Allah SWT.
Tangguh hasrat miliki anak?
Selebriti Datin Heliza Helmi menjawab pertanyaan media untuk mendoakan yang baik-baik untuk dia serta suami apabila ditanyakan jika menangguh hasrat untuk miliki cahaya mata sendiri kerana sibuk bekerja dan melakukan aktiviti kemanusiaan.
Belum ada rezeki untuk dapat anak. Doa-doakanlah. Allah SWT tahu apa yang terbaik.
Dalam pada itu, Heliza atau mesra bahasakan diri sebagai Kak Ja berkata dirinya reda dengan ketentuan Allah SWT kerana masih belum dikurniakan cahaya mata biarpun sudah dua tahu mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Belum ada ‘plan’ ambil anak angkat
Apabila disoal oleh pihak media mengenai ambil anak angkat, Heliza memberitahu dia dan suami belum merancang ke arah itu lagi.
Saya memang suka dengan kanak-kanak tapi belum ada perancangan untuk ambil anak angkat lagi.
Sekadar info, Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi selamat mendirikan rumah tangga dua tahun yang lalu iaitu pada 1 Januari 2022.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source