Pengampunan Najib: Kamu sedih usah main wayang – Isham
PETALING JAYA – Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Jalil mengkritik keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung usaha mendapatkan pembelaan terhadap Najib.
Beliau mendakwa, mesyuarat MKT UMNO hari ini sekadar wayang, membuang masa dan menyusahkan perwakilan UMNO yang sepatutnya menghadiri Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera.
“Kalau keputusan macam ini, baik tak payah panggil mesyuarat tergempar, buang masa saja. Kenyataan rasmi mesyuarat Zahid (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) ini bunyinya seolah macam dia kata dia kononnya tiada kena mengena dalam keputusan ini.
“Ini semua kuasa Agong dan atas nasihat Perdana Menteri. Ini juga bunyinya seolah dia tidak mahu ambil tanggungjawab dan ingin salahkan pihak lain atas keputusan ini,” dakwanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Isham seterusnya mengulas, Presiden UMNO sepatutnya memperjuangkan rekomendasi pengampunan Najib kepada Lembaga Pengampunan sebelum keputusan dibuat, bukan selepas itu.
MKT UMNO yang bermesyuarat hari ini dalam satu kenyataan media memaklumkan, parti berkenaan menghormati keputusan dan hak mutlak yang telah diambil Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam membuat keputusan berhubung permohonan pengampunan Najib.
Bagaimanapun, UMNO akan tetap meneruskan usaha pembelaan ke atas Najib.
Semalam, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan hukuman ke atas Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengumumkan denda yang perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta, manakala tarikh pembebasannya pada 23 Ogos 2028. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source