Sultan Ibrahim bersumpah perintah Malaysia selaras Perlembagaan
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersumpah menjalankan tugas dengan seadilnya memerintah Malaysia mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Semasa melafaz sumpah memegang jawatan dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara ini, Seri Paduka bertitah akan terus memelihara agama Islam.
“Kami, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan wallahi, wabillahi watallahi, maka dengan lafaz ini, berikrar dengan sesungguh dan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan tugas adilnya.
“…bagi pemerintahan Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan perlembagaan yang telah disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini.
“Kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan sebenarnya memelihara pada setiap masa agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri,” titah Seri Paduka.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang melafaz sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong hari ini juga melafazkan ikrar sama.
Pagi tadi, Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 di Istana Negara. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source