Dijual RM10 Juta Lebih Rendah, Kondominium Lokasi Pelakon Ambil Nyawa Sendiri Dibuka Untuk Jualan
Sebuah kondominium mewah milik pelakon Hong Kong, Lai Suk Yin mula dibuka untuk jualan setelah mendiang meninggal dunia.
Sebelum ini, mendiang dilaporkan menamatkan nyawanya sendiri di kediaman berkenaan.
Harga kondominium turun mendadak
Kondominium mewah tersebut difahamkan telah dibuka untuk jualan dengan harga sekitar RM10 juta.
Harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa kawasan berkenaan yang dianggarkan RM20 juta.
Pengurangan harga kondominium mewah itu dilaporkan berpunca daripada kematian pelakon itu di rumahnya sendiri.
Menjadi pilihan golongan elit di Hong Kong
Ianya berlokasi di North Point dan menjadi pilihan ramai golongan elit di Hong Kong kerana pemandangannya menghadap Victoria Harbour.
Sekadar info, Suk Yin telah meninggal dunia pada 26 Disember tahun lalu selepas aktres itu ditemui tidak sedarkan diri akibat pembakaran arang dalam rumah.
Berita kematian aktres terkenal itu mengejutkan ramai pihak kerana mendiang dilihat gembira meraikan perayaan Hari Natal bersama keluarga sehari sebelum kejadian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source