Pemuda tumbuk warga emas di tapak glamping diberkas polis
MELAKA – Pemuda yang videonya tular di media sosial sejak pagi tadi kerana menumbuk seorang wanita warga emas sehingga mangsa tersembam di sebuah tapak glamping di Tanjung Kling, dekat sini telah diberkas pihak polis, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek yang berusia 26 tahun itu telah diberkas pada pukul 12.10 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.
Katanya, hasil siasatan awal, kejadian tular itu dipercayai berlaku pada pukul 1.20 petang semalam apabila mangsa yang berusia 76 tahun telah ke tapak glamping tersebut untuk menegur tindakan pemilik membakar sampah secara terbuka.
“Mangsa mendakwa pembakaran terbuka itu telah dilakukan di tanah kawasan rumahnya dan menyebabkannya mengalami sesak nafas.
“Bagaimanapun semasa mangsa ke premis tersebut, telah berlaku pertengkaran mulut antara dia dengan suspek iaitu cucu kepada pemilik tapak glamping berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, suspek kemudian tiba-tiba meluru ke arah mangsa dan terus menumbuk muka warga emas itu beberapa kali.
“Wanita itu kemudian cuba melarikan diri tetapi pemuda terbabit terus memukul bahagian belakang kepala mangsa sehingga menyebabkannya tersembam.
“Suspek turut mengugut mahu memukul mangsa menggunakan kayu selepas warga emas itu bangun dan berlari masuk ke dalam rumah,” ujarnya.
Jelasnya, akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan tisu lembut dan sakit pada bahagian belakang kepala, muka, leher serta belakang badan.
Christopher berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source