Pensyarah Nikahi Pelajar ‘Intern’ Di Thailand, Ibu Bapa Langsung Tak Tahu – “Nanti Lepas Konvo Kami Bagitahu”
Alangkah luluhnya hati seorang isteri apabila bukan sahaja diduakan malah ditipu juga oleh seorang suami tentang status poligaminya itu.
Berdasarkan satu perkongsian di Facebook, seorang Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie telah menceritakan satu kisah tentang wanita yang mengadu hal rumah tangga kepadanya.
Kata wanita itu, dia baru sahaja mendapat tahu bahawa suaminya telah berkahwin tanpa izinnya dan lebih mengejutkan adalah madunya merupakan anak muda.
Jumpa mesej dan emel dengan perempuan
Ujar wanita berkenaan, dia mula perasan perubahan suaminya yang mudah marah selain melayani anak-anak dengan kasar sedangkan dia tidak seperti itu.
Saya check Telegram ada mesej seorang perempuan mengaku sayang dekat suami tapi bila tanya suami tak mengaku. Katanya perempuan tu yang kacau dia.
Namun, rasa curiga yang masih ada di dalam hati membuatkan wanita itu tergerak hati untuk memeriksa laptop si suami dan terjumpa emel dengan seorang perempuan.
Rupanya nikah dengan student!
Disebabkan itu, dia meneruskan ‘penyiasatan’ dan telah pergi ke pejabat suami di mana pembantu peribadi lelaki tersebut membenarkannya menunggu di dalam.
PA kata dia tak masuk lagi, dia buka pintu bagi saya tunggu kat dalam. Saya periksa drawer jumpa surat nikah Narathiwat.
Suaminya kemudian mengaku telah bernikah satu lagi namun memintanya untuk mengunci mulut kerana isteri keduanya merupakan pelajar yang masih menjalani latihan industri.
Lebih mengejutkan, kedua ibu bapa pelajar tersebut tidak tahu menahu tentang pernikahan mereka di Narathiwat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source