(VIDEO) Lelaki Buat Vlog Bersiap Pergi Mahkamah Lafaz Talak, Dikritik Kemaruk Publisiti – “Siap Menggeliat, Menguap”
Tindakan seorang lelaki merakamkan satu video atau vlog tentang aktivitinya meraih perhatian dan mengundang pertikaian warganet di media sosial.
Mana tidaknya, ia bukanlah vlog seperti kebiasaan yang dilihat tetapi video tersebut mempamerkan dirinya bangun pada waktu pagi dan bersiap untuk ke mahkamah untuk lafaz talak.
Nak pergi mahkamah tapi masih tabah buat vlog
Menerusi video itu, dia dilihat menunjukkan dirinya mandi dan bersiap termasuklah menikmati makan buat kali terakhir dengan isterinya di sebuah pusat beli belah.
Bukan kisah perceraiannya yang menjadi bualan atau dibahaskan warganet sebaliknya usaha lelaki tersebut untuk membuat content sebegitu.
Rajin gila set phone tepi katil, bangun, tukar position, letak kat depan katil, letak depan cermin, sebab nak buat content pergi bercerai. 😅 https://t.co/Qpl01BVNTh
— Cita-cita menjadi Biawak Celaka 🍉🍉🍉 (@shashashln) January 27, 2024
Kemaruk publisiti?
Rata-rata warganet menyindir lelaki tersebut kerana membuat konten yang seperti itu selain ada yang berkata zaman sekarang orang ramai terlalu mahu update di media sosial.
Kerana taksub, ada yang tidak tahu membezakan apa yang boleh dikongsi dan mana yang tidak patut kerana ia dianggap privasi atau aib diri sendiri.
Bayangkan nak pergi mahkamah syariah sebab nak cerai tapi masih tabah buat vlog GRWM (get ready with me), set up camera, cari angle cun. Memang luar biasalah effort tu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source