“Ye, Saya Seorang Tanggung Mereka Segala-Galanya” – Rita Rudaini Luah Kisah Perit Jerih, Berkorban Macam-Macam Demi Anak-Anak
Sepuluh tahun menjadi ibu tunggal dan membesarkan dua anak lelakinya, pelakon Rita Rudaini menyifatkan mereka berdua, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna sebaagi harta paling berharga untuknya.
Ujar aktres itu menerusi satu hantaran di Instagram, dia sanggup berkorban apa-apa sahaja demi dua anaknya meskipun hidupnya dilanda pelbagai ujian.
Kelahiran anak mengubah hidup
Luah Rita lagi, kelahiran kedua-dua puteranya itu telah mengubah hidupnya daripada seorang wanita yang sibuk dengan kerja kepada menjadi ibu yang sentiada utamakan anak-anak.
Sejak ada mereka, hidup saya berubah. Saya kerja sebulan dan dua ke tiga bulan saya akan rehat untuk luangkan masa dengan mereka dan selepas itu kalau mereka ada sekolah, saya takkan ambil job yang outstation.
Saya kena tolak, tak apa bagi saya rezeki tetap ada. Saya kena pandai bahagikan masa untuk mereka kerana masa kecil mereka tidak akan datang kembali, saya kena berkorban.
Lalui fasa hidup yang sangat sukar
Tambah aktres berusia 48 tahun itu, antara fasa paling sukar buatnya adalah apabila dia perlu menanggung segala masalah dan emosinya bersendirian.
Meskipun hilang punca pendapatan ketika Covid-19 melanda dan tidak dibenarkan bekerja kerana menolak vaksin, Rita berkata dia menggunakan semua simpanan yang ada demi anak-anaknya.
Ye, saya seorang yang tanggung mereka, segala-galanya. Pedih, suka, duka saya rempuh sahaja (seorang). Segala yang terbaik saya nak untuk anak-anak, saya korbankan kehidupan saya, keinginan saya hanya untuk kehidupan anak-anak.
Bersyukur dapat beri anak pendidikan terbaik
Walaupun dengan perit dan jerih dilaluinya, Rita meluahkan rasa syukur kerana dia mampu memberikan dua puteranya pendidikan yang terbaik dan sangat kuat berpegang kepada percaya pada rezeki Allah.
Hasil kekuatan dan pengorbanannya itu jugalah Rita berjaya menghantar dua anaknya ke sekolah swasta.
Memang belanja agak besar untuk saya tanggung sorang-sorang, tapi bagi saya, nak seribu daya taknak seribu dalih. Saya rempuh juga dalam keadaan struggle dan ada nyawa-nyawa ikan (belanja) jugalah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source