“Akan Turuti Tuntutan Beliau” – Nafi Manipulasi Ibu Kandung Musa, Noh Salleh Mohon Maaf Secara Terbuka
Sebelum ini, ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa gesa agar vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh membuat permohonan maaf dan turuti tiga tuntutan yang dibuat olehnya.
Tak tahu perjanjian antara bekas isteri dan ibu kandung Musa
Terbaru, Noh tampil memuat naik video penjelasan bahawa dirinya tidak tahu-menahu mengenai perjanjian antara bekas isteri, Mizz Nina dan ibu kandung Musa terhadap larangan memuat naik foto wajah Musa di platform media sosial.
Saya buat demikian kerana terlalu rindukan Musa dan ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa Musa bukan berada di bawah jagaan saya pada waktu ini.
Tak manipulasi atau guna ibu kandung Musa untuk kepentingan diri
Dalam pada masa yang sama, penyanyi itu turut menafikan dakwaan bahawa dia memanipulasi atau menggunakan ibu kandung Musa demi kepentingan diri sendiri kerana kedua-dua pihak sudah capai kata sepakat tanpa paksaan.
Tetapi, Noh hormat dengan keputusan ibu Musa dan akui membuat silap memuat naik foto wajah Musa kerana terlalu rindu, sama seperti ibu bapa lain.
Akur tuntutan ibu kandung Musa, mohon maaf secara terbuka
Susulan itu, Noh membuat permohonan maaf secara terbuka buat ibu Musa, Wan Nuraisyah Athirah dan akan turuti segala tuntutannya untuk tidak memuat naik foto Musa serta memadam semua gambar anak angkatnya dari laman Instagram.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source