Tunku Azizah dilantik semula Ketua Perlembagaan UIAM
PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa mulai 31 Januari ini.
Pelantikan semula Tunku Azizah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, ia merupakan penggal kedua baginda menjawat jawatan berkenaan selepas dilantik bagi penggal pertama pada 2019.
“Seluruh warga UIAM berbesar hati dan gembira dengan pelantikan semula Tunku Azizah kerana sikap penyayang dan prihatin baginda yang mendalam kepada segenap warga berbilang bangsa di UIAM ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dzulkifli berkata, pelantikan semula Tunku Azizah membolehkan UIAM mencapai pelbagai pengiktirafan peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, seluruh warga UIAM akan terus memajukan perancangan disediakan dengan memanfaatkan pengalaman dan kecenderungan Tunku Azizah mengenai dunia ilmiah dalam menegakkan kebenaran berteraskan ilmu serta amanah.
“Dengan pelantikan semula ini, Tunku Azizah yang akan bersemayam di Istana Pahang bagi meneruskan legasi Almarhum Ayahanda baginda untuk membolehkan UIAM meneroka lebih luas lagi peranannya sesuai dengan Rahmatan lil ‘alamin selari dengan slogan UIAM ‘Leading The Way, Leading The World,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source